Drama Moden Madu-madu Tiga

IMG_2303

Babak 1

Lokasi : Hotel

(Perjumpaan  di majlis ulang tahun perkahwinan Jay dan Zee.)

(Donna dan Erika terserempak di pintu masuk ballroom.)

Donna  : Eh, kau pun ada di sini? Nasib baik di majlis orang. Kalau tidak, aku nyah kau.

Erika     : Amboi, kau ingat aku batang pisang ke? Sebelum kau nyah aku, aku korek biji mata kau.

Donna  : Eh, sedapnya, dia rampas suami orang, biji mata kita pula dia nak korek.

Erika     : Kau yang tak pandai jaga suami, itu pasal dia cari lain.

(Donna dan Erika terdengar suara yang sangat dikenali. Mereka terpandang pasangan yang sedang menyanyi di atas pentas. Mereka menyedari bahawa jejaka itu adalah suami mereka, Jay.)

Donna  : Itu kan Jay. Kenapa dia bermesra dengan Zee?

(Jay terpandang ke arah kedua-dua isterinya dan terperanjat lalu menggelabah. Erika dan Donna berlari ke arah Jay tetapi Zee menghalang mereka.)

Zee       : Eh, kenapa ini?  Kakak kenalkah dengan suami saya?

Donna  : Suami kau? Ohh.. aku kenal sangat. Sudah 12 tahun aku kenal.

Zee       : Kak Rika pun kenal kah?

Erika     : Kenal. Sudah tinggal serumah pun.

Zee       : Apa maksud kakak ni?

Erika     : Kalau kau nak tahu, itulah laki kita.

(Terperanjat tiba-tiba.)

Donna  : Hmm, laki aku ni ku sangkakan dua, rupanya tiga.

Zee       : Jadi kita bermadulah ni? (Sedih lalu beremosi.)

Zee       : Sampai hati B tipu Zee. Zee ingat B jujur, rupanya B pun buaya.

Donna  : Sudah, sudah jangan kau menangis. Mari kita pergi cari dia sekarang.

Erika     : Aaah, mana sahaja dia dah lari.

(Ketiga-tiga isteri pergi mencari Jay.)

IMG_2306

Babak 2

Lokasi   : Longkang Kallang

(Bangla sedang berdiri di tebing sungai ingin terjun membunuh diri.)

Bangla : Minachi.. kenapa kasi tinggal sama saya? Hidup pun susah, mati pun susah. (Sambil tersedu-sedan.) Saya mati pun banyak bagus.

(Jay tiba di longkang itu dan kelihatan seperti hendak terjun.)

Bangla :  Ya. Awak pun mahu kasi mati kah sama diri? Awak fikir awak boleh masuk ke itu syurga?

Jay        : Eh..Thambi! Lu gila? Lu mahu bunuh diri ke?

Bangla : Saya punya Minachi sudah kasi tipu sama saya. Dia lari sama itu Mutu Sami Arumugam.

Jay        :Takpe, itu Minachi tinggal sama awak, Ashwarya Rai mesti datang.

(Isteri-isteri Jay datang ke arah mereka. Jay yang terperanjat terus jatuh ke dalam air.)

(Serentak)

Donna  : Jay! Jay!

Erika     : Yang! Yang!

Zee       : Bi! Bi!

Bangla : Aiyoyo, apa pasal awak terjun dulu? Tunggu saya lah ok?

(Bangla pun terjun sekali. Jay timbul kerana sungainya cetek.)

Zee       : Naiklah Bi, kita boleh bincang.

Donna  : Sudahlah, saya tak marah lagi. Jay jangan bohong lagi jer kay?

Erika   : Yelah! Kita marah pasal abang bohong dari mula. Kalau abang berterus – terang kita boleh faham.

Zee       : Lepas ini, Bi janji jangan bohong lagi dan berlaku adil, ok?

Jay        : Janji tak marah eh?

Donna  : Tidak, naiklah!

(Jay pun naik dan pergi bersama isteri-isterinya.)

Pengajaran: Jangan berbohong kerana walauapapun masalahnya, kita boleh menyelesaikannya bersama.

- Tamat -

Published in: on June 10, 2009 at 4:22 pm Leave a Comment